Friday, September 7, 2007

PROFAIL SYARIKAT


HLM Network Corporation Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat korporat yang menjalankan aktiviti perniagaan Jualan Langsung Berbilang Aras ( MLM ). Syarikat ini yang dikenali dengan nama singkatannya HLM telah diasaskan oleh Ybg. En. Mohd Kafli bin Mohd Ghazali pada 19hb Oktober 2004.

Syarikat HLM Network Corporation Sdn. Bhd mempunyai modal berbayar sebanyak RM 1,500,000.00 ( RM 1.5 Juta ) manakala modal dibenar pula berjumlah RM 5,000,000.00 (RM 5 Juta) telah mendapat kelulusan menjalankan aktiviti Jualan Langsung Berbagai Aras (MLM) daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri pada 16 November 2005.

Pelan pemasaran dan rancangan perniagaan yang disusun rapi oleh pihak syarikat diyakini mampu melahirkan para usahawan yang berkualiti, kreatif dan berinovasi serta agresif dan berdaya saing seterusnya Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam arena Dunia Perniagaan Jualan Langsung. Disamping itu, garis panduan dan etika sebagai seorang usahawan juga diwujudkan oleh pihak syarikat agar keharmonian dan semangat kekeluargaan sentiasa subur dihati sanubari para usahawan HLM Network Corporation Sdn. Bhd.

Produk dan barangan yang dipasarkan oleh syarikat HLM Network Corporation Sdn. Bhd. adalah berasaskan GANODERMA dan herba-herba tempatan serta luar negara yang berkualiti tinggi lagi mempunyai nilai komersial dari sudut perubatan alternatif. Kesemua produk tersebut dibekalkan oleh syarikat HLM Industries yang merupakan salah satu anak syarikat HLM Network Corporation Sdn. Bhd.


MOTTO KORPORAT
" BERSAMA DIPUNCAK KEJAYAAN "

Dengan motto dan slogan “ Bersama Dipuncak Kejayaan “ yang dipahat dalam diri setiap usahawan syarikat HLM ini, maka pihak syarikat berkeyakinan penuh dapat menjayakan VISI dan MISI yang telah ditentukan.


VISI KORPORAT

Menjadi sebuah organisasi korporat bertaraf dunia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang serta diterima sebagai satu pilihan tepat dan terunggul melalui jalinan rangkaian pemasaran produk yang efektif lagi berinovasi.


MISI KORPORAT

Melahirkan para usahawan yang memberikan komitmen dan kesungguhan dalam menjiwai roh perniagaan MLM sebenar - JUJUR, TELUS DAN IKHLAS - melalui penawaran perkhidmatan dan produk yang terbaik lagi berkualiti serta mempunyai nilai komersial yang tinggi menerusi sistem pemasaran yang efektif lagi berdaya saing diperingkat nasional dan global.


LOGO KORPORAT

Bentuk kuntum GANODERMA melambangkan produk asas yang dikeluarkan oleh pihak syarikat HLM Network Corporation Sdn. Bhd. Ganoderma telah diisyaratkan oleh Junjungan Nabi Muhammad S.A.W sebagai satu kurnian yang diselubungi oleh keajaiban dan keistimewaan. Bangsa Cina menganggapnya sebagai Herba Ajaib Dari Langit, anugerah dari tuhan. Nama syarikat yang berada dibahagian tengah melambangkan pusaran bagi produk asas ini. Rangkaian para usahawan ( Network Corporation ) adalah asas dan tapak yang kukuh kepada kewujudan syarikat HLM.

Warna merah melambang keberanian dan tekad yang ada dalam organisasi syarikat HLM dan para usahawannya. Berani untuk tampil meraih kejayaan. Tekad untuk ke puncak kegemilangan.

Warna hijau melambangkan kehidupan, keharmonian dan keceriaan. Ia adalah simbolik harapan yang ada dalam sanubari setiap manusia. Kehidupan yang mulia dan ceria.

Warna biru melambangkan ketenangan dan kelembutan yang ada dalam sifat rawatan alternatif yang diketengahkan oleh pihak syarikat HLM . Rawatan berasaskan sumber alam semulajadi kurniaan Tuhan. GANODERMA. Warna yang membentuk pangkal tangkai bagi Ganoderma ini menyerlahkan lagi pegangan asas kepada rawatan alternatif ini.

2 comments:

edz said...

xde email or phone nber ke...ssh nk cntct

edz said...

xde email or phone nber ke...ssh nk cntct

KEAHLIAN!!! SILA DAFTAR SECARA ONLINE ATAU HUBUNGI MANA-MANA WAKIL KAMI BERHAMPIRAN ANDA: PAHANG: Temerloh: Pn Zahrah 0179826785, Chini: En Salahuddin 0198595249, Peramu: En Wan Burhan 0139874569, Wisma Sri Pahang: Pn Rokiah 0139325170, Kuantan/Rompin: En. Khairuddin 0199890233, Pekan: En Badrillah 0199167832, Mentakab: En Rizal 0199054510, Bera: Us Hilaluzzaman 0199680410, Jengka: En Ridzauddin 0199475303 - TERENGGANU: Kuala Terengganu: Pn Zaihan 0129850123, Paka: Pn Safiah 0199401951, Jerteh: Pn Norhafizah 0199147161 - SELANGOR: Jenjarom: En Sujah 0192129938, Gombak: Pn Nisa 0192724461, Batu Caves: Pn Sa'adah 0172010629, Selayang: Cik Syahidah 0173372336, Damansara: Cik Rogayah 0173353507, UPM: En Abdul Razak 0123081338, Seri Kembangan: Cik Akmawati 0162323741, Taman Seri Buloh: En. Hafiz 0126501504, Kelang: Pn Zahariah 0133543818, Bandar Baru Bangi: Pn Faridah 0133659231, Bangi: Rozita 0122328586, Ampang: Pn. Puteh 0193308587, Taman Sri Andalas: Pn. Hindun 0122139186, Sungai Delek Dalam: En. Yusman 0172466603 - LUMPUR: Kg Pandan: En. Kamarudin 0172874101, Jln. Kg Attap: En Khalid 0193608331 - NEGERI SEMBILAN: Nilai: Pn. Nora 0129511623 - KUALA KEDAH: Alor Setar: Pn Juliana 0124684084 - PENANG: USM: SHAM 0195690685 - JOHOR: Skudai: Cik Hadibah 0197488993, Tampoi: Pn Noraidah 0197638478, Pontian: Cik Suraya 0127564409, Kulai: En Iszuhir 0127061232, Ulu Tiram: Cik Azlinda 0127909437 - SABAH: Papar: Pn Padidah 0165839681, Penampang: Pn Bibiwin 0127321077, Menggatal: En Roslan 0138799581, Keningau: Pn Mazlina 0148520178 - HANYA MEREKA YANG MENDAFTAR BERSAMA KAMI SAHAJA NAMA MEREKA AKAN DIPAPARKAN DI LAMAN WEB INI. TERIMA KASIH