
HLM Network Corporation Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat korporat yang menjalankan aktiviti perniagaan Jualan Langsung Berbilang Aras ( MLM ). Syarikat ini yang dikenali dengan nama singkatannya HLM telah diasaskan oleh Ybg. En. Mohd Kafli bin Mohd Ghazali pada 19hb Oktober 2004.
Syarikat HLM Network Corporation Sdn. Bhd mempunyai modal berbayar sebanyak RM 1,500,000.00 ( RM 1.5 Juta ) manakala modal dibenar pula berjumlah RM 5,000,000.00 (RM 5 Juta) telah mendapat kelulusan menjalankan aktiviti Jualan Langsung Berbagai Aras (MLM) daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri pada 16 November 2005.
Pelan pemasaran dan rancangan perniagaan yang disusun rapi oleh pihak syarikat diyakini mampu melahirkan para usahawan yang berkualiti, kreatif dan berinovasi serta agresif dan berdaya saing seterusnya Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dalam arena Dunia Perniagaan Jualan Langsung. Disamping itu, garis panduan dan etika sebagai seorang usahawan juga diwujudkan oleh pihak syarikat agar keharmonian dan semangat kekeluargaan sentiasa subur dihati sanubari para usahawan HLM Network Corporation Sdn. Bhd.
Produk dan barangan yang dipasarkan oleh syarikat HLM Network Corporation Sdn. Bhd. adalah berasaskan GANODERMA dan herba-herba tempatan serta luar negara yang berkualiti tinggi lagi mempunyai nilai komersial dari sudut perubatan alternatif. Kesemua produk tersebut dibekalkan oleh syarikat HLM Industries yang merupakan salah satu anak syarikat HLM Network Corporation Sdn. Bhd.
" BERSAMA DIPUNCAK KEJAYAAN "
Dengan motto dan slogan “ Bersama Dipuncak Kejayaan “ yang dipahat dalam diri setiap usahawan syarikat HLM ini, maka pihak syarikat berkeyakinan penuh dapat menjayakan VISI dan MISI yang telah ditentukan.
Menjadi sebuah organisasi korporat bertaraf dunia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang serta diterima sebagai satu pilihan tepat dan terunggul melalui jalinan rangkaian pemasaran produk yang efektif lagi berinovasi.
MISI KORPORAT
Melahirkan para usahawan yang memberikan komitmen dan kesungguhan dalam menjiwai roh perniagaan MLM sebenar - JUJUR, TELUS DAN IKHLAS - melalui penawaran perkhidmatan dan produk yang terbaik lagi berkualiti serta mempunyai nilai komersial yang tinggi menerusi sistem pemasaran yang efektif lagi berdaya saing diperingkat nasional dan global.
LOGO KORPORAT
Bentuk kuntum GANODERMA melambangkan produk asas yang dikeluarkan oleh pihak syarikat HLM Network Corporation Sdn. Bhd. Ganoderma telah diisyaratkan oleh Junjungan Nabi Muhammad S.A.W sebagai satu kurnian yang diselubungi oleh keajaiban dan keistimewaan. Bangsa Cina menganggapnya sebagai Herba Ajaib Dari Langit, anugerah dari tuhan. Nama syarikat yang berada dibahagian tengah melambangkan pusaran bagi produk asas ini. Rangkaian para usahawan ( Network Corporation ) adalah asas dan tapak yang kukuh kepada kewujudan syarikat HLM.
Warna merah melambang keberanian dan tekad yang ada dalam organisasi syarikat HLM dan para usahawannya. Berani untuk tampil meraih kejayaan. Tekad untuk ke puncak kegemilangan.
Warna hijau melambangkan kehidupan, keharmonian dan keceriaan. Ia adalah simbolik harapan yang ada dalam sanubari setiap manusia. Kehidupan yang mulia dan ceria.
Warna biru melambangkan ketenangan dan kelembutan yang ada dalam sifat rawatan alternatif yang diketengahkan oleh pihak syarikat HLM . Rawatan berasaskan sumber alam semulajadi kurniaan Tuhan. GANODERMA. Warna yang membentuk pangkal tangkai bagi Ganoderma ini menyerlahkan lagi pegangan asas kepada rawatan alternatif ini.









Saya puan Norlela dari Kuantan Pahang. Saya mengidap penyakit Barah Payudara ini sejak 3 tahun lalu. Payudara saya telah dibuang tetapi penyakit saya tidak juga sembuh. Keadaan bertambah parah sebulan yang lalu sehingga saya berada di hospital Kuantan. Kuman kanser mulai menyerang otak dan hati saya. Saya terpaksa dipapah dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak serta utnuk pergi ke tandas.
Saya Hj. Nawawi dari Tanah Merah, Kelantan. Saya mengidap penyakit Diabetes (kencing Manis) yang sangat kronik sehingga menyebabkan luka saya di belakang semakin parah. Kulit saya dikikis dan dibuang dari masa ke semasa oleh pihak hospital untuk mengelakkan jangkitan sehingga luka menjadi semakin besar dan bernanah berwarna hijau serta mengeluarkan bau yang sangat teruk. Luka saya ini perlu dicuci setiap hari.
Saya Siti Sarah dari Felda Bukit Sagu 1, Kuantann. Saya menghidapi sakit Diabetes (kencing manis ) yang sangat teruk sehingga kadar gula dalam darah saya mencecah 35.6. Keadaan ini menyebabkan saraf mata saya telah rosak sehingga mata saya mulai kabur dan semakin parah sehingga saya tidak dapat mengenali orang bila berhadapan dengan mereka walaupun saya menggunakan cermin mata. Doktor pakar mengatakan bahawa mata saya tidak dapat dipulihkan lagi.
Saya Abd Rahim Hassan. Saya tinggal di la'loh Kuala Krai, Kelantan. Saya mengidap sakit batu karang dalam buah pinggang sejak 2 tahun lepas. Dalam tempoh ini, saya dapat berada dirumah hanya 4-5 hari sahaja ddalam sebulan, selainnya saya terpaksa berada di Hospital USM Kota Bharu untuk menerima rawatan.
Saya Azmi, dari Tunjung Stan, Kota Bharu, Kelantan. Saya telah mengalami kemalangan pada penghujung tahun 2005 sehingga menyebabkan saya mengalami gangguan saraf yang mengganggu proses pengeluaran najis. Saya tidak dapat membuang air besar selama lebih 40 hari. Berbagai usaha telah dilakukan oleh doktor untuk mengeluarkan najis harian saya seperti memakan ubat hospital, membuat saluran getah diperut serta memasukkan ubat melalui dubur. Semuanya tidak berhasil. Najis hanya keluar meleleh sahaja. Keadaan saya cukup teruk dan saya amat tertekan kerana masalah sembelit ini. Makanan masuk kedalam perut, tetapi ia tidak dapat dikeluarkan selama 40 hari…!!!
Saya puan Salwani, dari Bachok Kelantan. Saya mengguna B Smile untuk kecantikan dan perapian diri luar dan dalam. Saya dapati kesanya cukup hebat untuk kulit dan tubuh saya. Bentuk tubuh luaran dan dalaman jadi lebih hebat.
Saya Hj Muhammad dari Tanah Merah, Kelantan. Saya mengamalkan produk V Tech keluaran HLM Network Corp. Produk hebat untuk tenaga kelakian. Ia selamat dan kesannya cepat dilihat. Ia dapat mengatasi masalah lemah tenaga batin dan juga “kekalahan” dalam hubungan intim bersama isteri. Ia juga berkesan untuk masalah sakit-sakit urat dan membantu menguatkan daya ingatan.